MENJAGA LISAN AGAR SELALU BERBICARA BAIK
Allah berfirman :
“Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan
katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki
amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah
dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenengan yang besar” [Al-Ahzab : 70-71]
Dalam ayat lain disebutkan.
“Hai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana
sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian
kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara
kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [Al-Hujurat : 12]
Allah juga berfirman.
Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat
lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya,
seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada
suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat
pengawas yang selalu hadirs” [Qaf : 16-18]
Begitu juga firman Allah Ta’ala.
Dan
orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa
kesalahan yang mereka perbuat, maka sesunguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata” [Al-Ahzab : 58]
Dala kitab Shahih Muslim hadits no. 2589 disebutkan.
“أتدرون
ما الغيبة؟” قالوا: الله ورسوله أعلم. قال “ذكرك أخاك بما يكره” قيل:
أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟ قال “إن كان فيه ما تقول، فقد اغتبته. وإن
لم يكن فيه، فقد بهته”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah
kalian apa itu ghibah ?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya
yang lebih mengetahui. “Beliau berkata, “Ghibah ialah engkau
menceritakan hal-hal tentang saudaramu yang tidak dia suka” Ada yang
menyahut, “Bagaimana apabila yang saya bicarakan itu benar-benar ada
padanya?” Beliau menjawab, “Bila demikian itu bererti kamu telah
melakukan ghibah terhadapnya, sedangkan bila apa yang kamu katakan itu
tidak ada padanya, bererti kamu telah berdusta atas dirinya”
Allah Azza wa Jalla berfirman.
Dan
janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai
pertanggungjawaban” [Al-Israa : 36]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
(إن
الله يرضى لكم ويكره لكم ثلاثا. فيرضى لكم أن تعبدوه ولا تشركوا به شيئا.
وأن تعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا. ويكره لكم قيل وقال. وكثرة
السؤال. وإضاعة المال
Sesungguhnya
Allah meredhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga
pula. Allah meredhai kalian bila kalian hanya menyembah Allah semata dan
tidak mempersekutukannya serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah
seluruhnya dan janganlah kalian berpecah belah. Dan Allah membenci
kalian bila kalian suka qila wa qala (berkata tanpa berdasar), banyak
bertanya (yang tidak berfaedah) serta menyia-nyiakan harta”
[1]
Diriwayatkan oleh Muslim hadits no. 1715. Hadits tentang tiga perkara
yang dibenci ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Mughirah
hadits no.2408 dan diriwayatkan juga oleh Muslim.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
كتب
على ابن آدم نصيبه من الزنى. مدرك ذلك لا محالة. فالعينان زناهما النظر.
والأذنان زناهما الاستماع. واللسان زناه الكلام. واليد زناها البطش. والرجل
زناها الخطا. والقلب يهوى ويتمنى. ويصدق ذلك الفرج ويكذبه
Setiap
anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan boleh
dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah
mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba.
Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai
keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau
mengurungkannya”
[Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no. 6612 dan
Muslim hadits no.2657. Lafaz di atas adalah yang terdapat dalam riwayat
Muslim ]
Diriwayatkan
oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no.10 dari Abdullah bin Umar
Radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya”
Hadits di atas juga diriwayatkan oleh Muslim no.64 dengan lafaz.
إن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي المسلمين خير؟ قال: “من سلم المسلمون من لسانه ويده”.
Ada
seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam, “Siapakah orang muslim yang paling baik ?’Beliau menjawab,
“Seseorang yang orang-orang muslim yang lain selamat dari gangguan lisan
dan tangannya”.
Hadits
diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir hadits no. 65 dengan
lafaz seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin Umar.
Al-Hafizh (Ibnu Hajar Al-Asqalani) menjelaskan hadits tersebut. Beliau
berkata, “Hadits ini bersifat umum bila dinisbatkan kepada lisan. Hal
itu kerana lisan memungkinkan berbicara tentang apa yang telah lalu,
yang
sedang
terjadi sekarang dan juga yang akan terjadi saat mendatang. Berbeza
dengan tangan. Pengaruh tangan tidak seluas pengaruh lisan. Walaupun
begitu, tangan boleh juga mempunyai pengaruh yang luas sebagaimana
lisan, yaitu melalui tulisan. Dan pengaruh tulisan juga tidak kalah
hebatnya dengan pengaruh tulisan”. Oleh kerana itu, dalam sebuah sya’ir
disebutkan :
Aku menulis dan aku yakin pada saat aku menulisnya
Tanganku kan lenyap, namun tulisan tangannku kan abadi
Bila tanganku menulis kebaikan, kan diganjar setimpal
Jika tanganku menulis kejelekan, tinggal menunggu balasan.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no. 6474 dari Sahl bin Sa’id bahawa Rasulullah bersabda.
Barangsiapa
boleh memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di
antara dua janggutnya dan dua kakinya, maka kuberikan kepadanya jaminan
masuk syurga”
Yang
dimaksud dengan apa yang ada di antara dua janggutnya adalah mulut,
sedangkan apa yang ada di antara kedua kakinya adalah kemaluan.
Al-Bukhari
dalam kitab Shahihnya no. 6475 dan Muslim dalam kitab Shahihnya no. 74
meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda.
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
Imam Nawawi berkomentar tentang hadits ini ketika menjelaskan hadits-hadits Arba’in. Beliau menjelaskan,
“Imam
Syafi’i menjelaskan bahawa maksud hadits ini adalah apabila seseorang
hendak berkata hendaklah ia berfikir terlebih dahulu. Jika diperkirakan
perkataannya tidak akan membawa mudharat, maka silahkan dia berbicara.
Akan tetapi, jika diperkirakan perkataannya itu akan membawa mudharat
atau ragu apakah membawa mudharat atau tidak, maka hendaknya dia tidak
usah berbicara”. Sebahagian ulama berkata,
“Seandainya
kalian yang membelikan kertas untuk para malaikat yang mencatat amal
kalian, nescaya kalian akan lebih banyak diam daripada berbicara”.
Imam
Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti berkata dalam kitabnya Raudhah Al-‘Uqala
wa Nazhah Al-Fudhala hal. 45, “Orang yang berakal selayaknya lebih
banyak diam daripada bicara. Hal itu kerana betapa banyak orang yang
menyesal kerana bicara, dan sedikit yang menyesal kerana diam. Orang
yang paling celaka dan paling besar mendapat bahagian musibah adalah
orang yang lisannya sentiasa berbicara, sedangkan fikirannya tidak mahu
jalan”.
Beliau berkata pula di hal. 47,
“Orang
yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya
daripada mulutnya. Dia perlu menyadari bahawa dia diberi telinga dua
buah, sedangkan diberi mulut hanya satu adalah supaya dia lebih banyak
mendengar daripada berbicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari
kerana perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak akan pernah
membawa penyesalan. Dan menarik diri dari perkataan yang belum
diucapkan adalah lebih mudah dari pada menarik perkataan yang telah
terlanjur diucapkan. Hal itu kerana biasanya apabila seseorang tengah
berbicara maka perkataan-perkataannya akan menguasai dirinya.
Sebaliknya, bila tidak sedang berbicara maka dia akan mampu menguasai
perkataan-perkataannya.
Beliau menambahkan di hal. 49, “Lisan
seorang yang berakal berada di bawah kendali hatinya. Ketika dia hendak
berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya.
Apabila perkataan tersebut bermanfaat bahagi dirinya, maka dia akan
bebicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun
orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendali lisannya. Dia akan
berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang
tidak boleh menjaga lidahnya bererti tidak paham terhadap agamanya”.
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya no. 6477 dan Muslim dalam kitab Shahihnya no. 2988 [Tetapi lafaz hadits tersebut adalah yang terdapat dalam riwayat muslim] dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda.
إن العبد ليتكلم بالكلمة، ينزل بها في النار، أبعد ما بين المشرق والمغرب
Sesungguhnya
seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan
apa dampak-dampaknya akan membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang
dalamnya lebih jauh dari jarak timur dengan barat”
Masalah ini disebutkan pula di akhir hadits yang berisi wasiat Nabi kepada Muadz
yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 2616 yang sekaligus dia
komentari sebagai hadits yang hasan shahih. Dalam hadits tersebut
Rasulullah bersabda.
Bukankah tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka selain buah lisannya ?”
Perkataan Nabi di atas adalah sebagai jawaban atas pertanyaan Mu’adz.
Wahai Nabi Allah, apakah kita kelak akan dihisab atas apa yang kita katakan ?”
Al-Hafidz Ibnu Rajab mengomentari hadits ini dalam kitab Jami’ Al-Ulum wa Al-Hikam (II/147), “Yang
dimaksud dengan buah lisannya adalah balasan dan seksaan dari
perkataan-perkataannya yangharam. Sesungguhnya setiap orang yang hidup
di dunia sedang menanam kebaikan atau keburukan dengan perkataan dan
amal perbuatannya. Kemudian pada hari kiamat kelak dia akan menuai apa
yang dia tanam. Barangsiapa yang menanam sesuatu yang baik dari
ucapannya mahupun perbuatan, maka dia akan menunai kemuliaan.
Sebaliknya, barangsiapa yang menanam Sesuatu yang jelek dari ucapan
mahupun perbuatan maka kelak akan menuai penyesalan”.
Beliau juga berkata dalam kitab yang sama (hal.146), “Hal
ini menunjukkan bahawa menjaga lisan dan sentiasa mengontrolnya
merupakan pangkal segala kebaikan. Dan barangsiapa yang mampu menguasai
lisannya maka sesungguhnya dia telah mampu menguasai, mengontrol dan
mengatur semua urusannya”.
Kemudian pada hal. 149 beliau menukil perkataan Yunus bin Ubaid, “ Seseorang yang menganggap bahawa lisannya boleh membawa bencana sering saya dapati baik amalan-amalannya”.
Diriwayatkan bahawa Yahya bin Abi Katsir pernah berkata, “Seseorang
yang baik perkataannya dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya, dan
orang yang jelek perkataannya pun dapat aku lihat dari amal-amal
perbuatannya”.
Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya no. 2581 dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda.
“أتدرون
ما المفلس؟” قالوا: المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال “إن المفلس
من أمتي، يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، ويأتي قد شتم هذا، وقذف هذا،
وأكل مال هذا، وسفك دم هذا، وضرب هذا. فيعطى هذا من حسناته وهذا من
حسناته. فإن فنيت حسناته، قبل أن يقضى ما عليه، أخذ من خطاياهم فطرحت عليه.
ثم طرح في النار
Tahukah
kalian siapa orang yang muflis ? Para sahabat pun menjawab, ‘Orang yang
bangkrut adalah orang yang tidak memiliki uang dirham mahupun harta
benda. ‘Beliau menimpali, ‘Sesungguhnya orang yang bangkrut di kalangan
umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala
shalat, puasa dan zakat, akan tetapi, ia juga datang membawa dosa berupa
perbuatan mencela menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul
orang lain. Kelak kebaikan-kebaikannya akan diberikan kepada orang yang
terzalimi. Apabila amalan kebaikannya sudah habis diberikan sementara
belum selesai pembalasan tindak kezalimannya, maka diambillah dosa-dosa
yang terzalimi itu, lalu diberikan kepadanya. Kemudian dia pun
dicampakkan ke dalam neraka”.
Muslim meriwayatkan sebuah hadits yang panjang dalam kitab Shahihnya no. 2564 dari Abu Hurairah, yang akhirnya berbunya.
بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم. كل المسلم على المسلم حرام. دمه وماله وعرضه
Cukuplah
seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama
muslim. Seorang muslim wajib manjaga darah, harta dan kehormatan orang
muslim lainnya”
Al-Bukhari
meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya hadits no. 1739 ;
begitu juga Muslim [Tetapi lafaz yang tersebut terdapat dalam riwayat
Bukhari] dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah pernah
berkhutbah pada hara nahar (Idul Adha). Dalam khutbah tersebut beliau
bertanya kepada manusia yang hadir waktu itu,
“Hari
apakah ini?” Mereka menjawab, “Hari yang haram”. Beliau bertanya lagi,
“Negeri apakah ini?” Mereka menjawab, “Negeri Haram”. Beliau bertanya
lagi, “Bulan apakah ini ?” Mereka menjawab, “Bulan yang haram”.
Selanjutnya beliau bersabda.
Sesungguhnya
darah, harta dan kehormatan kalian haram bagi masing-masing kalian
(merampasnya) sebagaimana haramnya ; hari, bulan dan negeri ini. Beliau
mengulangi ucapan tersebut beberapa kali, lalu berkata, “Ya Allah
bukankah aku telah menyampaikan (perintah-Mu)? Ya Allah, bukankah aku
telah menyampaikan (perintah-Mu) ?”
Ibnu Abbas mengomentari perkataan Nabi di atas, “Demi
Allah yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya ini adalah wasiat
beliau untuk umatnya. Beliau berpesan kepada kita, ‘Oleh kerana itu,
hendaklah yang hadir memberitahukan kepada yang tidak hadir. Janganlah
kalian kembali kepada kekafiran sepeninggalku nanti, yaitu kalian saling
memenggal leher”.
Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya no. 2674 dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda.
من
دعا إلى هدى، كان له من الأجر مثل أجور من تبعه، لا ينقص ذلك من أجورهم
شيئا. ومن دعا إلى ضلالة، كان عليه من الإثم مثل آثام من تبعه، لا ينقص ذلك
من آثامهم شيئا
Barangsiapa
yang menyeru kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala
orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala-pahala mereka
sedikitpun. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan maka bahaginya
dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi
dosa-dosa mereka sedikit pun”
Al-Hafidz Al-Mundziri dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib (I/65) mengomentari hadits.
Apabila
seorang manusia wafat, maka terputuslah jalan amal kecuali dari tiga
perkara …dst” Beliau berkata, “Orang yang mebukukan ilmu-ilmu yang
bermanfaat akan mendapatkan pahala dari perbuatannya sendiri dan pahala
dari orang yang membaca, menulis dan mengamalkannya, berdaasrkan hadits
ini dan hadits yang semisalnya. Begitu pula, orang-orang yang menulis
hal-hal yang membuahkan dosa, maka dia akan mendapatkan dosa dari
perbuatannya sendiri dan dosa dari orang-orang yang membaca, menulis
atau mengamalkannya, berdasarkan hadits.
Barangsiapa yang merintis perbuatan yang baik atau buruk, maka ….”
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda.
Sesungguhnya Allah berfirman, “Barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka kuizinkan ia untuk diperangi”
[Disalin
dari buku Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir
dan Hajr, Penulis Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al’Abbad Al-Badr hal
22-41, Terbitan Titian Hidayah Ilahi]
Komentar
Posting Komentar